Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan beberapa kawasan di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.<br /><br />JPS memaklumkan berdasarkan makluman ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System dan model ramalan banjir, terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.
